SeLaMaT DaTaNg..WeLcOme..AhLaN WaSaHLan.. Ke SHOUTULME BLOGDRIVE





<
KAta ReNunGan....

Hidup itu sendiri tak dapat memberikan kegembiraan sampai anda menghendakinya; Hidup cuma menyediakan waktu dan tempat, terserah pada anda bagaimana mengisinya.


"Be the person that can change the other,but don't be the person that always beat the other person"
  • Kawan-kawan nak tahu.......

    Kalau orang tanya nama-aku jawab MOHAMMAD SHAFIQ BASERI- Kalau orang tanya sekolah -aku jawab SMK AGAMA BALING- Kalau orang tanya dok kat mana -aku jawab kat KULIM- Kalau orang tanya BESDAY -aku jawab 3 MAC 1989- Kalau orang tanya lahir kat mana -aku jawab kat Batu Hampar- Kalau orang tanya aku nak jadi apa -aku jawab apa-apa yang orang suka-


    ...SebELUm KeluAr SilA tiNGGalKaN Komen AndA...
  •    

    << January 2012 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31


    ...Bersama RakaN...


    AzHaR

    NAsRul


    sAhAbAtkU..........


    Kulayarkan kerinduan di lautan memori
    Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
    Masih segar di ingatan saat mesra berputik
    Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

    Sahabat
    kau sesungguhnya
    Temanku di kala suka dan lara

    Tika ku buntu diselubungi sendu
    Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
    Bagaikan embun hilang diterbit fajar
    Kau pergi jauh mengejar cita
    Menggapai redha yang ESA

    Duhai sahabat dengarkanlah
    Bicara hati ini
    Meskipun jarak memisahkan
    Namun tiada noktah kasih
    Biarlah waktu menentukan
    Nilai ukhwah yang terjalin
    Terusakanlah perjuangan
    Hingga ketitisan darah yang terakhir

    Dan aku...masih di sini
    Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
    Dan aku...terus menanti
    Saat yang manis akan berulang kembali
    Sahabat...




    UNIC - Hakikat Bahagia




    bahagia itu dr dlm diri
    kesanya dri rupanya maknawi
    terpendam bagai permata di dasar hati

    bahagia itu ada pada hati
    bertakhta dikerajaan diri
    terbenam bagai mutiara dilautan hati

    bahagia itu ada dijiwa
    mahkota disinggahsana rasa
    bahgia itu adalah suatu ketenangan

    c/o
    bila susah tiada gelisah
    bila miskin syukur pada Tuhan
    bila sakit tiada resah di jiwa
    bukankah Tuhan telah berfirman
    ketahuilah dengan mengingati Allah
    jiwa akan menjadi tenang
    ooo...

    kebahagian itu suatu kesyukuran
    bila kaya jadi insan pemurah
    bila berkuasa amah
    bila berjaya tidak alpa
    bila sihat tidak lupakan Tuhan

    hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan
    bila hati mengingati Tuhan
    oooo..

    semua insan kan mengerti
    maksud terseni Ilahi
    itulah fikir yang hakiki
    oooo..

    bahagia itu dr dlm diri
    kesanya zahir rupanya maknawi
    terpendam bagai permata di dasar hati

    bahgia itu ada dijiwa
    mahkota disinggahsana rasa
    bahgia itu adalah suatu kesabaran
    oooo..









    renUng-RenuNgkaNlah...

    >Wang Rm50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket


    >45 minit terasa begitu lama untuk berzikir tapi betapa pendek waktu itu untuk pertandingan bola sepak.



    >Semua insan ingin masuk ke syurga tetapi tidak ramai yang berfikir tentang bagaimana ingin memasukinya



    >Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' malalui email tetapi bila kita mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3. kali





    Nostalgia



    Terkenang sebuah memori lalu
    Kisah persahabatan kita bersama
    Di dalam satu pengajian
    Menuntut ilmu dan pengalaman
    Mengingatkanku pengorbananmu
    Terpahat padu di kalbuku

    Bersama rakan taulan dan guru
    Tawa riangmu menghiburkan hatiku
    Indahnya suasana ketika itu
    Terjalin ukhuwah sejati
    Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
    Mengenalkanku erti kehidupan
    Susah payah kita hadapi bersama
    Itulah asam garam dalam kehidupan



    Ya Tuhanku tabahkan hatinya
    Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
    Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
    Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat


    Di Pondok Kecil

    Dipondok kecil
    Dipantai ombak
    Berbuih putih
    Beralun-alun

    Di suatu hari Ayah berkata
    Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh
    Kupandang wajah ayah
    Dahinya kucium
    Air mata mengalir hatiku pilu

    Diam-diamlah sayang jangan menangis
    Do`akan Ayah semoga diterima
    Diam adikku sayang jangan menangis

    Andai Ayah gugur do`akan biar syahid

    Selamat berjuang Ayah tercinta
    Kau pergi dulu Ayah ke medan juang
    Kuiringi do`a moga berjaya
    Beroleh kemenangan demi agama Islam

    Wahai abangku kemana Ayah
    Kusayang Ayah kucinta Ayah
    Wahai abangku kemana Ayah
    Kusayang Ayah kucinta Ayah
    Duhai adikku sayang jangan menangis

    Ayah-mu pergi menyambut seruan Illahi
    Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah
    Berjuang dan berkorban walau diamana juang
    Pada-Mu Tuhan aku bermohon
    Dosa ayah-ku minta diampunkan
    Berilah rahmat bantulah ia
    Untuk menegakkan agama Islam

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed

    Sep 9, 2005
    RAhSiA peRgErakAn OtoT DalAm Solat

    Kita sering dengar orang kata solat itu ibadah yang paling penting...Ia menjamin kesempurnaan iabadah yang lain..Tapi adakah kita tahu hikmah yang terdapat setiap kali pergerakan kita daalam solat..Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat..Secara kasar pada mula kita berdiri tegak,

    (Qiyam) kemudian angkat kedua tangan bbertakbir dan letakkan tanagn di atas pusat-kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua-dua belah tangan.Ketika Ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung,leher, tulang pinggung dan mangkin.

    Waktu sujud pula,seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan,kaki,
    dada,perut,punggung,leher,dan otot-otot kaki..Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendiaan yang digerakkan.Setelah itu kita bangkit dari sujud.

    Kita duduk,kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali,Dalam gerak badan kali ini kita elah secara automatik menggerakkan sejumlah oto-otot di   dada,bahu,lengan,perut,punggung,peha,kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi .Selain dari mitu kita juga maliakukan dua macam duduk-pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakakn tumit,pangkal peha,kelengkang,ja\ari-jari kaki dan lain-lain.

    Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita 

    Posted at 07:55 pm by shoutulme
    Make a comment  

    UmaT IsLam DiLAranG tiRU budAya KriStiaN

    "'Remaja, terutama Muslim harus sedar bahawa kita sebenarnya tidak perlu menjadi orang lain. Kita adalah kita. Setiap kita memiliki keunikan tersendiri. Lagipun, belum pasti lagi apa yang dilakukan oleh orang lain itu betul dari sudut keagamaan dan kemanusiaan. Belum tentu juga ia baik untuk anda. Tidak usah ikut orang lain. Tidak perlu terikut-ikut dengan perasan rendah diri dan kecewa atau berasa ketinggalan kerana tidak mengikut budaya kuning yang berlawanan dengan kehendak Allah.'

    PERNAHKAH anda memandang wajah di cermin, kemudian berasa rendah diri kerana merasakan wajah tidak secantik rakan lain. Hidung tidak semancung artis pujaan. Kulit tidak secerah gadis jiran sebelah rumah?

    Pernahkah anda berasa ketinggalan dari sudut fesyen rambut, cara penampilan dan berpakaian serta cara bercakap dan berjalan berbanding teman sebaya?

    Pernahkah anda tersinggung kerana melihat teman karib memiliki teman lelaki. Pernahkah anda merasakan diri serba kekurangan kerana tiada buah hati?

    Pernahkah anda berasa tidak pergi ke disko atau tidak mengambil pil khayal untuk mengubat kerunsingan itu sesuatu yang ketinggalan zaman?

    Semua yang disenaraikan di atas sebenarnya bukan satu senario luar biasa. Ia perkara biasa di kalangan remaja masa kini.
    Kajian Prof Dr Azimi Hamzah dari Universiti Putra Malaysia berkaitan remaja dan belia menunjukkan bahawa 68 peratus remaja berusia 15 hingga 19 tahun menyukai pakaian trendy berbanding 16.1 peratus yang menggemari pakaian tradisional.
    Kajian juga menunjukkan 43.1 peratus menjadikan rakan sebaya sebagai rujukan berbanding 38 peratus menjadikan ibu bapa sebagai rujukan. Sementara, 14.8 peratus menjadikan disko sebagai tempat mencari hiburan.
    Kajian juga menunjukkan 31.7 peratus adalah perokok dan 13.6 peratus ketagih alkohol. Sementara, 25.2 peratus menganggap agama tidak penting. Kajian ini bukan saja petanda kepada keadaan kecelaruan remaja hari ini, malahan kecenderungan untuk terpengaruh dengan budaya bercanggah dengan agama melanda dengan hebat remaja kita. Malah, ramai remaja juga menganggap agama tidak penting.

    Remaja, terutama Muslim harus sedar bahawa kita sebenarnya tidak perlu menjadi orang lain. Kita adalah kita. Setiap kita memiliki keunikan tersendiri. Lagipun, belum pasti lagi apa yang dilakukan oleh orang lain itu betul dari sudut keagamaan dan kemanusiaan. Belum tentu juga ia baik untuk anda. Tidak usah ikut orang lain. Tidak perlu terikut-ikut dengan perasan rendah diri dan kecewa atau berasa ketinggalan kerana tidak mengikut budaya kuning yang berlawanan dengan kehendak Allah. Dalam bukunya La Tahzan atau tajuknya dalam penerbitan terjemahan bahasa Melayu Jangan Bersedih – Don’t Be Sad, ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni antara lain menulis:

    “Jangan ikut-ikutkan, dengan kata lain, jangan mudah memakai dan meniru-niru ciri sahsiah orang lain. Kerana itu akan menjadi malapetaka yang tidak mudah diterima oleh jiwamu. Orang yang lupa dengan dirinya sendiri, suaranya, gerakan tubuhnya, ucapannya, kemampuannya, dan suasananya sendiri, kebanyakan akan meniru-niru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan latah, mengada-ngada, berpura-pura dan membunuh secara paksa jati dirinya sendiri.

    “Ketahuilah bahawa diri anda adalah sesuatu yang lain daripada lain – unik. Tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah hidup ini. Belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama dengan anda. Tidak akan ada orang yang akan sama dengan anda sampai bila-bila pun. Keadaan anda betul-betul berbeza dengan orang lain. Oleh itu, jangan memaksakan diri untuk berbuat latah dan meniru-niru sahsiah orang lain. Tetap berpijak dan berjalan pada keadaan dan sahsiah anda sendiri.”

    Sebagai umat mulia, remaja Muslim harus memiliki dan memelihara jati diri berasaskan apa yang diajarkan oleh al-Quran dan sunnah. Tidak salah untuk ikut dalam kemajuan zaman, sebab Islam amat menggalakkan umatnya berdaya maju dan menguasai teknologi pada zamannya. Namun, kita harus memiliki panduan dalam keghairahan untuk mengikut trend semasa sama ada dari sudut pakaian, perbuatan, cara hidup dan sebagainya.
    Banyak panduan daripada Allah dan Rasulullah dalam persoalan mengekalkan jati diri sebagai seorang remaja Muslim. Antaranya dari sudut pakaian. Islam menggariskan agar kita memastikan pakaian menutup aurat dan memenuhi tuntutan agama. Hal ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah, bahawa Asma binti Abu Bakar masuk ke rumah Rasulullah dengan pakaian yang tipis, maka Rasulullah berpaling seraya bersabda bermaksud: “Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita yang sudah baligh, maka tidak boleh dilihat tubuhnya kecuali ini dan ini dengan menunjuk wajah dan telapak tangan (sampai pergelangan).” (Hadis riwayat Abu Dawud)

    Allah berfirman bermaksud : “... dan wanita jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa nampak diperhiasan itu.” (Surah an-Nur, ayat 31)

    Selain itu, Rasulullah mengingatkan supaya tidak cenderung untuk menurut jejak langkah dan budaya orang Yahudi dan Nasrani dari segenap
    gaya hidup mereka. Sabda Baginda bermaksud: “Kamu telah mengikuti sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu tetap mengikuti mereka.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu ialah orang Yahudi dan orang Nasrani?” Baginda bersabda: “Kalau bukan mereka, siapa lagi?” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Semoga semua ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada remaja untuk berusaha mengekalkan jati diri sebagai seorang Muslim dalam arus perubahan dunia yang kadang kala melalai dan merosakkan.

    Posted at 05:27 am by shoutulme
    Make a comment  

    Sep 8, 2005
    Kawan zaman dUlu

    Asalamulaikum...pdah pagi dah sekarang ni..tapi belum gi rasa nak masuk tido.Ari tak tau nak
    cita apa..tapi harap2 ada idea la no..aa kat bawah ni ada la gambar kawan kat sekolah saya..
    Pakat-pakat mai la tengok kot berkenan ka...Diorang ni la rakan kepimpinan kat SMKAB Bagi sesi
    2004.Tapi ada yang dah pindah dah sebab ditawarkan ke sekolah yang lebih baik lepas PMR.Selama
    setahun kami berjuang bersma kat SMKAB ni.Walaupun tak banyak la jasa yang kami bagi,tapi sekurang-kurangnya kami dah bantu ckit2 abang2 ngan kakak2 kepimpinan yang
    lebih senior dan banyak pengalaman daripada kami.Dapat juga sedikit pengalaman.Maklum la
    tahun tu nak ambil PMR tak la banyak sangat terlibat ngan membangunkan sekolah.Gambar ni kami ambil masa Malam Apresiasi Pengawas tahun lepas..kat Kelab Golf Kulim!!Kawasan Hitech wow.Tapi gambar si kecil tu hanyalah penyibuk semata-mata..Budak tu anak Kaunselor Sekolah saya..Cikgu Zakaria namanya ..Yang belah kiri tu pun anak Cikgu Zakaria jugak.TApi suma kenangan tu dah berlalu..tinggal kami beberapa orang je yang still stay kat bumi SMKAB..sedih gak rasanya..terutama ngn kawan yang laki ni,teringat gurau senda ngan depa.Harap2 depa berjaya la pindah tempat lain..naikkan nama SMKAB..SMKAB BOLEH!!!TApi tahun ni barisan kepimpinan batch saya dah bertambah...nanti cita pasai depa pulak....La ni kenai gi depa ni..ok la pompuan dari kiri nama Atiqah,HAkimah,Nazariah,Azirah,Khadijah,Hafizah,Wan Izati,dan Fahimah....Laki plak dari kiri nama Faiz,Mahzan,Saya,Hakimi,Fadzli,Zul,Marwan dan Fahmi...




    Ok la Nanti kalu ada gambar lain bubuh pulak.....Ni je la gambar kenangan kami bersama dulu..
    Pas bila la bole h berkumpul lain yek...................







    Posted at 10:31 am by shoutulme
    Make a comment  

    Aug 26, 2005
    SalAm LuaHan........

    Asalamualaikum.......aaaa,
        Ari ni dapat juga saya bercakap..sebelum ni ilmu je.ari ni saya nak berceloteh pulak.
    Esok cuti sekolah dah nak abis.Nak kena balik asrama la esok..Kawan-kawan
    yang dok asrama jangan lupa balik asrama esok ye.Jangan ponteng pulak..Tak baik tau.
    Kalau lajak cuti nanti kena tahan warden pula..he,he,.Jangan marah ya.nanti cepat tua.
        Tapi kawan-kawan tak yah risau la,minggu depan kan kita cuti plak..nak sambut MERDEKA
    la...takkan tak nak sambut kot.Bes ke sambut MERDEKA?DAh 48 tahun kita merdeka tapi
    adakah kita betul-betul MERDEKA.Adakah kita faham erti Kemerdekaan?Rasanya kita tidak betul-
    betul MERDEKA.sebab apa gitu...sebab pemikiran kita masih lagi dijajah..dijajah dengan
    cerita-cerita barat,budaya-budaya barat dan segalanya.MEmang la dari segi fizikal Kita dah merdeka
    tapi dalamannya pula bagaimana.Tengok saja la anak-anak muda sekarang berpelesiran sana sini.
    Sumanya meniru budaya barat.Mereka tak pikir yang kita dulu dijajah oleh orang barat,nenek
    moyang kita dan orang-orang dulu punya la berjuang nak menuntut kemerdekaan,tapi kita
    senang-senang je macam nak robohkan KEMERdEkaAN.Fikir la wahai anak muda...........
        Lepas merdeka sambut MERDEKA pulak, kita nak sambut Perayaan
    besar dalam ISlam iaitu Israk dan Mikraj.Kalau kita kenang balik peristiwa Israk dan Mikraj
    tu kita dapat tengok macam ketika Dalam Satu malam je Junjungan BEsar kita Nabi
    Muhammad SAW
    naik ke langit berjumpa Allah.Dalam perjalanan Nabi Muhammad dapat
    melihat pelbagai Kejadian
    aneh.Nabi Muhammad SAW dapat melihat bagaimana azab
    yang Allah telah berikan kepada
    hamba-hambanya yang tidak beriman kepada-Nya.
    Selain itu Nabi Muhammad SAW juga dapat
    bau  betapa wanginya kubur Masyitah dan
    anaknya yang sanggup mengorbankan diri
    demi mempertahankan agama.Banyak
    lagi peristiwa yang dapat dilihat oleh NAbi Muhammad SAW.
    Dan peristiwa ini telah 
    dibenarkan oleh sahabat baginda yang juga merupakan orang yang terawal
    memeluk Islam dan merupakan Khalifah pertama orang Islam selepas kewafatan Nabi
    Muhammad SAW.sahabat yang dimaksudkan ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
          Sepatutnya dengan mengenang peristiwa ini kita sebagai umat Islam perlu sedar dan
    berubah.Umat Islam pada masa kini semakin mundur.Walaupun bilangan Umat Islam ramai, tapi
    berapa sangat Umat Islam yang betul-betul BERIMAN kepada ALLaH..Berapa ramai sangat
    Umat Islam YAng menunaikan Solat cukup 5 waktu.Cuba kita fikirkan???? 
          Eh, banyak pula saya berleter.....tapi tak pe la harap-harap ia berguna......    

    Posted at 08:10 am by shoutulme
    Make a comment  

    TiDur YanG PaTuT DibAngUnkaN

    Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian.di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :

    * Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis
    * sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat
    * jika tidur pada saf pertama di dalam masjid
    * jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar]
    * jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi
       berada di tempat teduh
    * jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari
    * jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan
       solat adalah makruh
    * jika tidur selepas azan
    * jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan
       sebagai makruh
    * jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas.
       Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh
    * jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan
       teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu
      “tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya
    * adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan
       oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini
       Rasulullah SWA bersabda :“Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian
      membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air
      ke mukanya

    Posted at 02:41 am by shoutulme
    Make a comment  

    Aug 25, 2005
    AWAS! meNgiGit KuKu MerOsaK IQ......

     

    Entah mengapa, masih banyak orang melanjutkan kebiasaan menggigit kuku tangannya hingga dewasa.     

    Padahal, menurut penelitian, kebiasaan buruk menggigiti kuku jari, bisa merusak inteligensi atau kemampuan intelektual anak-anak. Para peneliti Rusia menyatakan anak-anak yang rajin “mengunyah” kuku tangannya, berisiko besar mengalami keracunan timah. Mengapa ia terjadi? Timah dengan mudah menumpuk di bawah kuku, ketika anak-anak bermain di tempat berdebu, baik itu di dalam rumah maupun di luar rumah.  Telah lama diketahui, paparan timah pada tubuh manusia punya kontribusi besar terhadap problem perkembangan anak-anak.  Penelitian yang dilakukan sebelumnya,  menunjukkan timah bisa menyebabkan kerusakan sistem saraf.  Timah, dengan gampang ditemui di dalam tanah dan debu. Kadang-kadang bisa dijumpai pula pada buah-buahan atau sayuran yang tidak dicuci dengan baik.  

    Itulah mengapa di dalam tubuh anak-anak sering dijumpai bahan-bahan kimia dalam kadar cukup tinggi.   Selain anak-anak yang suka menggigiti kuku, kaum lelaki yang bekerja sebagai tukang patri, tukang ledeng, tukang cat, dan bekerja di lingkungan percetakan, berisiko pula terpapar timah di tempat kerjanya.  Para peneliti dari Ural Regional Center for Enviromental Epidemiology, Ekaterinburg melakukan penelitian terhadap anak-anak yang tinggal di beberapa kota di wilayah Ural. Mereka menemukan 2 dari 3 anak-anak di tempat tersebut memiliki kadar timah cukup tinggi dalam tubuhnya.  

    Tinggi rendahnya kadar timah bervariasi, tergantung apakah anak-anak itu tinggal  di rumah yang terletak di pinggir jalan besar dan berdebu ataukah mereka punya kebiasaan bermain dengan tanah, salju atau cat.  Namun, satu hal pasti, terdapat kaitan erat antara tingginya kadar timah dalam tubuh anak-anak itu dengan kebiasaan mereka menggigiti kukunya.   Sebanyak 69 persen anak perempuan, dan 62 persen anak laki-laki yang dilibatkan dalam penelitian ini memiliki kebiasaan menggigiti kukunya, atau benda-benda lain seperti pensil.  


    Posted at 05:49 am by shoutulme
    Make a comment  

    aNtaRA SabaR DAn MenGeLuh

     


    Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
    "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
    Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"  Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?" Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua." Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

    Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. 
    Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
    " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

    Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

    Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)


    Posted at 05:32 am by shoutulme
    Make a comment  

    Jun 24, 2005
    MANUSIA YANG DIKUTUK OLEH ALLAH DAN RASUL

     

    Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Enam jenis golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT juga turut mengutuk, pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan, mereka itu ialah :
    # Orang yang menambah maksud tafsiran al-Quran

    # Orang yang mendustakan kepada taqdir Allah SWT.

    # Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah SWT sebaliknya menghina orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.

    # Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT di Tanah Haram.

    # Orang-orang dari umatku yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

    # Orang-orang dari umatku yang meninggalkan sunnahku.


    Posted at 06:10 am by shoutulme
    Make a comment